Pages

Wednesday, 26 December 2012

ANALISIS KUALITATIF



ANALISIS KUALITATIF
Berdasarkan rakaman yang saya perolehi dari responden saya iaitu Mohd Lazim bin Mahusin, terdapat beberapa analisis kuantitatif yang disebut oleh responden. Tujuan untuk menganalisis hasil rakaman tersebut ialah untuk menunjukkan pengalaman responden tersebut dalam peristiwa yang berlaku dan dialami oleh mereka pada zaman tersebut. Analisis kuantitatif terbahagi kepada dua kategori iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod aksial bertujuan untuk mengemukakan idea utama responden tersebut. Kod ini sering diulang oleh responden contohnya rumah, kedai, keluarga, pekerjaan dan sebagainya. Kod terbuka pula menerangkan khusus dari penceritaan dan peristiwa yang disampaikan oleh reponden.
Melalui pembacaan yang saya lakukan, terdapat beberepa elemen yang saya rasa penting yang diceritakan oleh reponden.

KOD AKSIAL

Selepas pembacaan ini, saya dapati beberapa elemen yang sering kali diucapkan oleh responden. Antaranya ialah tempat,laluan,tahun,sekolah dan kemudahan asas.  Elemen tempat merupakan elemen yang sering kali diucapkan oleh reponden. Elemen ini menerangkan tempat kelahiran, tempat tinggal, nama Bandar dan sebagainya. Kekerapan yang disebut sebanyak 12 kali. Elemen tahun pula diceritakan mengenai tahun kelahiran dan tahun pembangunan yang berlaku serta tahun dahulu. Elemen ini disebut sebanyak 4 kali. Seterusnya elemen sekolah. Elemen sekolah juga banyak diulang oleh responden dengan menyatakan keadaan sekolah serta proses pembelajaran yang disebut sebanyak 4 kali. Elemen pekerjaan pula diulang sebanyak 2 kali menunjukkan peneroka yang melakukan pembukaan petempatan. Elemen rumah pula diterang melalui keadaan fizikal rumah dahulu dan sekarang disebut sebanyak 3 kali. Seterusnya elemen kemudahan asas, iaitu  yang wujud pada masa dahulu seperti surau, masjis, balai raya dan sebagainya. Sebanyak 13 kali elemnen ini diulang sebut oleh responden. Elemen laluan juga disentuh dengan menerangkan keadaan jalan raya pada masa dahulu sebanyak 2 kali.

CONTOHNYA

Elemen Tempat
2. Umur 56 tahun berasal dari pekan pahang. Sekarang saya di sini menetap di Felda
5. Kampung Pahang Tua Pekan Pahang. Erkkk…pembangunannya amatlah daif sekali erkk
15. 10 tahun kita mula berpindah erk..ke Felda Kampung New Zealand ini. Dan sewaktu kita
41. memanglah Felda Sungai Kertam tetapi pada erk…awal 70an namanya telah ditukar

Elemen Tahun
3. Kampung New Zealand. Saya dilahirkan setahun sebelum negara kita merdeka iaitu pada tahun 1956.
17. mana Felda New Zealand ini dibuka pada tahun 1963. Erk...felda ini juga pada mulanya
36. televisyen itu. Kemudiaan, sehinggalah erkk…tahun 70an kita telah dibekalkan dengan
69. tahun 50an dan 60an. Jadi saya kira dengan dengan ini erk…amat bersyukurlah di atas

Elemen Sekolah
6. pembangunan sekolah apa yang semasa saya bersekolah dibuat daripada kayu yang mana
8.pembangunan yang lain tidak ada di kampung saya tu ada sekolah saja. Tapi nak ke sekolah
44.dengan hasil sumbangan daripada kerajaan New Zealand, iaitu seperti tadika untuk kanak-
52. diperbesarkan erkk…bangunan tadika mempunyai 2, ada 1 tadika kemas dan 1 lagi tadika

Elemen Pekerjaan
22. Kami di sini membangunkan sendiri. Maknanya kami terpaksa menanam getah
31. erk…dan sebuah balai raya. Balai raya ini tempat berkumpullah. Erk..medan peneroka-

Elemen Rumah
19. disediakan rumah. Rumahnya rumah kayu yang ada satu bilik saja. Dimana setiap
20. peneroka diberi sebuah rumah yang tanah untuk tapak rumah sesuku ekar dan kemudiaan
26. erk…dengan rumah-rumah yang lain. Jadi satu batang paip itu berkongsi dalam 10 hingga

Elemen Kemudahan Asas
13. sekolah ada satu kemudian masjid pun surau saja, bukannya masjid. Tapi surau di situlah
33. lampu gaselin. Di balai raya itu ada disediakan sebuah peti televisyen. Dimana kami akan
46. generator elektrik itu tadi. Erkk..kemudiaan sebuah klinik, klinik erk..klinik
48. erk..pondok polis digunakan untuk..untuk…erk keselamatan penduduk kampung.

Elemen Laluan
9. tu terpaksa berjalan kaki lah. Maknanya jalan raya waktu itu baru jalan yang tak ada tar
27. erk..8 hingga 10 buah rumah lah mengambil air. Erk..jalan raya waktu itu pun tidak ada

KOD TERBUKA

Kod terbuka menerangkan khusus dari penceritaan dan peristiwa yang disampaikan oleh reponden. Ia juga meliputi ‘curfew’ iaitu ruang yang ditakuti oleh responden. Melalui  pembacaan saya responden cuba menyampaikan mesej mengenai pembukaan Felda pada masa itu disamping bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan New Zealand. Selain itu, responden juga menerangkan kemudahan yang diterima  pada zaman sekarang berbanding zaman dahulu. Bandar-bandar yang berdekatan dengan penempatan juga diceritakan.

CONTOHNYA

16. berpindah  itu kita di bawah erk..rancangan Tanah Felda…haa..Tanah Felda. Erk… yang
17. mana Felda New Zealand ini dibuka pada tahun 1963. Erk...felda ini juga pada mulanya
18. memang petempatan. Dibuat oleh kerajaan yang mana pembangunannya adalah

39. disambungkan oleh kerajaan New Zealand.Erk…pembangunan di sini selepas pada itu,
40.kita banyak menerima sumbangan daripada kerajaan New Zealand. Pada asalnya namanya
41. memanglah Felda Sungai Kertam tetapi pada erk…awal 70an namanya telah ditukar
42. kepada Felda Kampung New Zealand. Sempena dengan lawatan Perdana Menteri New
43. Zealand ke felda ini. Selepas itu, erk…banyak pembangunan yang telah dibawa masuk
44.dengan hasil sumbangan daripada kerajaan New Zealand, iaitu seperti tadika untuk kanak-

61. Daerah Maran dimana semua erk…kemudahan bagi kedua-dua Bandar ini erk…telah pun
62. lengkap. Kalau dulu Pekan Sri Jaya merupakan pekan di mana penduduk kampung New
63. Zealand ini akan membeli belah mencari barang keperluan dengan menaiki basikal
64. ataupun motorsikal. Tapi sekarang kebanyakkan kemudahan asasnya berada di Bandar
65.Maran. Di mana Bandar Maran telah boleh dikatakan telah lengkap dengan adanya sebuah
66. hospital, sebuah mahkamah, pondok erk…balai polis daerah, pejabat-pejabat kerajaan
67. erk… Jadi kami rasa amat berbangga kerana dapat menikmati kemudahan-kemudahan
68. yang cukup sempurna kalau dibandingkan sewaktu kita berada di kampung asal pada
69. tahun 50an dan 60an. Jadi saya kira dengan dengan ini erk…amat b
ersyukurlah di atas

No comments:

Post a Comment