Pages

Wednesday, 26 December 2012

ANALISIS PERISTIWA SEJARAH


ANALISIS PERISTIWA SEJARAH

Melalui perbualan yang dirakamkan oleh saya dengan Encik Mohd lazim bin Mahusin, tahun 1950 dan 1960 ialah tahun yang dinyatakan oleh responden.

Peristiwa Yang Berlaku Di Malaysia

Pada tahun 1960 darurat tanah melayu telah diistiharkan tamat secara rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Julai 1960. Darurat tanah melayu yang berlaku pada tahun 1948 yang diistiharkan oleh kerajaan British di tanah Malaya berlarutan sehingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989. Selain itu, sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia telah dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun strategi ini telah mula berubah dalam tahun 1970 di mana lebih banyak tumpuan telah dibuat terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport, memandangan kegiatan berorientasikan gantian-import membantutkan perkembangan perindustrian oleh kerana Malaysia dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil. Tambahan lagi pada tahun 1956 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan .  Tujuan utama rancangan FELDA dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain, sebagaimana yang diumumkan oleh pelopornya Razak Hussein, ialah untuk mengatasi kemiskinan, khususnya di kalangan masyarakat desa. Tanah rancangan FELDA yang pertama dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut, Bentong, Pahang. Seterusnya pada tahun 1963 Felda Kampung New Zealand dimana petempatan responden telah dibuka.

Peristiwa Yang Berlaku Di Dunia

Peristiwa yang berlaku di dunia pula pada masa itu ialah pada 8 Jun tahun 1950, hubungan diplomatik Republik Rakyat China-Myanmar terjalin secara rasmi. Kedua-dua negara saling menghantar Duta Besar ke pihak yang lain. Pada tahun 1950-an, China dan Myanmar bersama-sama mempromosikan "Lima Prinsip untuk Hidup Bersama secara Damai".Pada tahun 1960-an, kedua-dua negara ini menyelesaikan masalah sempadan yang sudah berpanjangan dalam sejarah, melalui perundingan berdasarkan semangat persahabatan, saling memahami dan saling bertolak ansur. Ini menjadi contoh kepada penyelesaian masalah sempadan antara pelbagai negara kemudiannya. Selain itu, peristiwa dunia juga berlaku di Indonesia. Pada mulanya tahun 1960 muncul dua kuasa yang sangat dominan dalam politik Indonesia, dari benteng tentera dan kubu kuat komunisme. Dua kem dalam segmen yang berbeza tunggak kuasa, dalam satu tangan tentera datang di bawah kelas selepas memenangi simpati rakyat kerana ia berjaya untuk menghancurkan tindakan pemisah di nusantara, manakala komunisme hadir kerana penembusan yang masuk ke semua institusi kerajaan dan bukan kerajaan, mereka mengembangkan idea-idea beliau dan melancarkan propaganda vokal propaganda politik itu mendapat tempat dalam pertandingan antara parti-parti politik. Keadaan politik pada masa itu tidak boleh dinafikan kelahiran persaingan tindakan bukan sahaja di pusat, tetapi konflik ini juga diperluaskan kepada kawasan. Begitulah peristiwa dunia yang berlaku di Indonesia pada masa itu iaitu politik.

No comments:

Post a Comment