Pages

Wednesday, 26 December 2012

kajian lapangan di seremban


Laporan kajian lapangan di Seremban,Negeri Sembilan. (Kumpulan 7: Tuan Fazliyanna binti Tuan Kamaruddin, Nurul Farhana Ashikin binti Mohd Lazim, Noor Azlina binti Raswan dan Nur Azza Aziera binti Md Yusof)

SEJARAH BANDAR SEREMBAN

Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
 
Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.

Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).

HASIL KAJIAN

Pada 11 Disember 2012, kami pelajar Sains Pembangunan telah melakukan kerja lapangan iaitu di Seremban, Negeri Sembilan. Kami dibahagikan kepada lapan kumpulan yang terdiri daripada 4-5 orang ahli. Setiap kumpulan dikendaki untuk menemubual pemilik kedai tersebut. Kami menjalankan soal selidik di kawasan Jalan Dr.Krishnan.
.



Ini adalah hasil kajian kami bersama responden tersebut.

1)      NOR AFFIZA & CO.

Perniagaan ini hasil perkongsian antara Nor Affiza Baharuddin, Ridzamann Abdullah, S Ritharan C Nadarajan. Syarikat ini mula ditubuhkan pada November 1994. Sekarang ini mereka masih beroperasi di Seremban dan mereka juga mempunyai cawangan di tempat lain iaitu Kuala Lumpur dan Melaka. Perniagaan ini telah beroperasi selama 18 tahun. Syarikat ini menawarkan khidmat guaman iaitu peguambela dan peguamcara. Tujuan penubuhan syarikat ini ialah untuk memudahkan penduduk sekitar Seremban mendapatkan khidmat guaman dengan cepat dan mudah. Lokasi yang berdekatan dengan bank dan berada di kawasan Bandar merupakan salah satu faktor mereka menubukan syarikat ini di Seremban. Hasil kajian ini diperolehi dari responden Yool Lyuk Chin iaitu kerani di syarikat tersebut. 



.    

2)      PERNIAGAAN TELUR SWEE HING

Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh keluarga dan pemilik kedai ini ialah Ng Ah Swee. Kami menemubual anaknya iaitu Ng Kia Loon yang bertindak sebagai responden kami kerana semasa kami datang ayahnya tiada di kedai. Kedai ini menawarkan penjualan pelbagai jenis telur . Kedai ini mula dibuka pada tahun 2000 dan sudah beroperasi selama 12 tahun. Sebelum ini mereka menjalankan perniagaan ini dengan penghantaran menggunakan lori. Mereka mempunyai pekerja seramai dua orang dan mula beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Tujuan mereka membuka kedai ini ialah untuk memudahkan pembeli mendapatkan bekalan pelbagai jenis telur dengan mudah. Lokasi di Seremban ini dipilih keranan ia menjadi kawasan tumpuan penduduk, mempunyai banyak kedai makan sekitarnya serta kemudahan meletakkan kenderaan.
.

3)      SIN CHEW DAILY
Perniagaan ini dimiliki oleh Tan Sri Tiong yang berasal dari Sarawak. Syarikat ini membekalkan suratkhabar hasil dari wartawan mereka. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1993 yang mana sebelum ini mereka menyewa di Jalan Tuanku Munawwer sebelum berpindah dan beroperasi di Seremban ini. Syarikat ini juga mempunyai cawangan yang lain di Port Dickson dan Bahau(pejabat). Bilangan pekerja yang dimiliki oleh syarikat ini ialah seramai 50 orang yang terdiri daripada kerani, wartawan, penulis dan sebagainya. Tujuan syarikat ini ditubuhkan ialah untuk menyampaikan berita kepada penduduk dan menginginkan publisiti. Lokasi ini dipilih kerana mempunyai liputan yang luas di samping menjadi Bandar tumpuan penduduk Negeri Sembilan. Responden yang ditemuramah ialah Lee Yee Fo seorang wartawan.

.


4)      CHOP SIN YOON LEE
Perniagaan ini dimiliki oleh Kong Yew Seong. Perniagaan ini jenis milik perseorangan. Perniagaan ini telah beroperasi selama 70 tahun di Seremban dan masih aktif beroperasi. Kedai ini menjual dan membaiki alat timbangan dari yang lama sehinggalah yang baru dan canggih. Masa perniagaan kedai ini bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan dibuka setiap hari kecuali hari cuti. Bilangan pekerja di kedai ini seramai 4 orang. Tujuan perniagaan ini dibuka ialah untuk memudahkan penduduk dan pekedai memperoleh alat timbangan. Lokasi ini dipilih kerana strategik dan disebabkan mereka telah lama beroperasi di kawasan tersebut. Responden yang telah ditemuramah merupakan salah seorang pekerja di situ iaitu Ng Kim Show.


      

.
5)      ANWIN HOLIDAYS SDN.BHD
Kedai ini dimiliki oleh Mr Ricky Wong. Sebelumnya perniagaan ini dimiliki secara perkongsian namun pada tahun lepas perniagaan ini dimiliki oleh Mr Ricky Wong disebabkan masalah-masalah tertentu yang berlaku. Syarikat ini telah berperasi selama 16 tahun di Seremban. Syarikat ini menawarkan khidmat pelancongan ke serata dunia dan khidmat pemandu pelancong. Pelbagai pakej penerbangan yang ditawarkan disamping harga yang berpatutan. Bilangan pekerja yang dimiliki ialah seramai 3 orang. Tujuan syarikat ini dibuka ialah untuk memberi kemudahan kepada penduduk untuk melancong ke luar Negara terutama China kerana kebanyakkan penduduk di bandar Seremban ini ialah orang cina. Lokasi ini dipilih berikutan ia menjadi tumpuan peduduk, maju serta tidak banyak persaing. Responden ialah pemilik syarikat ini sendiri iaitu Mr Ricky Wong.

.

6)      LAMINATING SERVICE
Kedai ini dimiliki oleh Joseph Law dan dia telah menjadi responden bagi kami. Perniagaan ini jenis perseorang. Kedai ini menawarkan khidmat membuat kunci. Kedai ini telah beroperasi selama 22 tahun bermula dari tahun 1990 sehingga sekarang. Kedai ini tidak memiliki pekerja kerana dia bersama isterinya yang bertindak dalam menjalankan perniagaan ini. Waktu perniagaan mereka dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari ahad. Tujuan pembukaan kedai ini ialah memudahkan pengguna untuk membuat kunci, disamping menyediakan bayaran yang berpatutan. Lokasi ini dipilih kerana ia merupakan tempat lahir dan asal Joseph Law dan tiada trafik di hadapan kedai serta tidak sesak.


.

7)      PERNIAGAAN WAN
Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh John Wan dan dia telah menjadi responden bagi kami. Perniagaan ini diasaskan dari keluarga mereka. Kedai ini menawarkan khidmat fotostat serta menjilid buku. Perniagaan ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan telah beroperasi selama 23 tahun di Seremban. Masa mula beroperasi ialah pada jam 8.30 pagi hinggan 6 petang kecuali minggu cuti. Bilangan pekerja yang bekerja di kedai ini seramai 2 orang. Tujuan dibina kedai ini ialah untuk memyediakan perkhidmatan fotostat kepada penduduk serta untuk memudahan proses pembelajaran anak-anak serta pekerja. Lokasi ini dipilih kerana sangat strategic disamping tidak mempunyai persaing.



.

8)      HARP KEY SDN.BHD
Kedai ini dimiliki secara perkongsian oleh 6 orang iaitu salah seorangnya Ng Woon Yuk. Perniagaan ini menjual barangan ubat-ubatan serta akar kayu yang diimport dari Hong Kong dan China. Barangan yang dijual di kedai ini murah serta berkualiti. Kedai ini mula dibuka pada tahun 1960 dan sudah beroperasi selama 52 tahun sehingga sekarang. Masa perniagaan ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari ahad. Bilangan pekerja yang dimiliki ialah seramai 13 orang. Tujuan dibina ialah untuk memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan herba dan ubat-ubatan yang diimport dari Hong Kong dan China. Lokasi ini dipilih kerana mudah dikunjungi, tidak sesak dan ia menjadi tumpuan ramai penduduk.



.




ANALISIS KUANTITATIF
Semasa di Seremban, Negeri Sembilan kami telah mengenalpasti beberapa tempat yang boleh dijadikan sebagai nod, gerbang, daerah atau sempadan wilayah, laluan dan mercu tanda. Elemen ini diperoleh berdasarkan buku Image Of The City oleh Kevin Lynch.

     1)    NOD
Nod atau hentian merupakan tempat dimana ia menjadi tumpuan kepada semua penduduk. Nod ini menjadi sesuatu yang penting kepada penduduk. Ia merupakan petunjuk kepada penduduk untuk pergi ke sesuatu tempat. Selain itu ia menjadi tumpuan penduduk untuk melakukan pelbagai aktiviti. Di Seremban ia diperoleh melalui papan tanda, Terminal 1 dan sebagainya.



.

     2)      LALUAN
Laluan merupakan perjalanan yang dilalui untuk sampai ke sesuatu tempat. Semasa perjalanan kami ke Seremban kami melalui laluan utama iaitu laluan yang menjadi tumpuan penduduk untuk menaiki komuter. Seterusnya laluan semasa perjalanan kami untuk ke tempat kajian. Laluan ini penting untuk menghidupkan sesebuah Bandar. Kebanyakkan laluan mesti mempunyai nama yang memudahkan penduduk untuk mencari sesuatu kawasan dan ia mempunyai sejarah yang tersendiri. Contoh jalan yang dilalui oleh kami ialah Jalan Dr.Krishnan, Jalan Siow Loong Hin dan sebagainya.


.

     3)      MERCU TANDA
Mercu tanda merupakan penanda bagi sesuatu tempat. Selalunya apabila seseorang sesat mereka akan mencari mercu tanda bagi sesuatu kawasan itu untuk mencari jalan yang betul. Mercu tanda juga mempunyai pelbagai sejarah dan peristiwa yang yang sering diingati oleh setiap penduduk.  Contoh yang sering menjadi papan tanda ialah papan iklan, gunung, bangunan bersejarah dan sebagainya. Semasa di Seremban pelbagai tempat yang boleh kami jadikan sebagai mercu tanda antaranya Terminal 1, Dewan Pembandaran Seremban dan sebagainya.


.

     4)      DAERAH ATAU SEMPADAN WILAYAH
Daerah atau sempadan wilayah ialah sempadan yang memisahkan laluan. Sempadan terjadi apabila dipisahkan oleh gunung, sungai, landasan kereta api dan sebagainya. Sempadan ini akan dibahagikan kepada kanan dan kiri sesuatu kawasan yang mana ia mempunyai sejarah kawasan yang tersendiri.


.

     5)      GERBANG
Gerbang merupakan sesuatu yang diletakkan di atas laluan jalan raya. Gerbang ini sering diletakkan dengan pelbagai perkataan antaranya ‘selamat datang’, papan iklan dan sebagainya. Pintu gerbang ini juga menunjukkan kemegahan sesuatu kawasan tersebut dan sering dianggap sebagai penyambut bagi seseorang yang baru sampai di kawasan tersebut.

.

SENI BINA BANGUNAN

Selain itu, semasa di Seremban kami banyak menjumpai bangunan yang bersejarah dan memiliki bentuk rekaan yang unik. Bangunan ini mungkin mempunyai sejarah tersendiri yang harus dikekalkan. Di samping itu kami juga ada menjumpai bangunan moden yang dibina. 






.




      



KESIMPULAN

Hasil daripada kaji selidik ini kami mendapati banyak perniagaan yang berbentuk perkhidmatan yang ditawarkan di jalan ini. Antaranya ialah syarikat guaman, klinik, agen pelancongan dan sebagainya. Di samping itu, kebanyakkan perniagaan ini dimiliki oleh orang cina. Kegiatan yang banyak dijalankan ialah kedai makan, pembuatan kunci, jualan buah-buahan dan sebagainya. Waktu tengah hari merupakan waktu kemuncak bagi peniaga-peniaga ini. Kebanyakkan mereka memilih Bandar Seremban disebabkan ia menjadi tumpuan ramai penduduk di samping ia menjadi tempat kelahiran mereka. Akhirnya kami ingin menyatakan Bandar Seremban ialah Bandar yang unik dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia haruslah dikekalkan bagi menjaga khazanah tersebut. Selain itu, pelbagai bentuk perniagaan perlu diwujudkan bagi menjadikan Bandar Seremban sebagai Bandar yang maju.





1 comment:

  1. Salam nak tnye Kat mane ek kedai perniagaan wan tu..sbb saya nak jilid thesis area seremban.

    ReplyDelete