Pages

Thursday, 29 November 2012

THE IMAGE OF CITY


tugasan ini memerlukan kita menyenaraikan laluan yang ada di tempat kamu berdasarkan laluan, pinggiran, daerah atau sempadan wilayah, nod dan mercu tanda.     


       Kampung New Zealand sebuah nama kampung yang unik terletak di Daerah Maran,Pahang. Daerah Maran ini lebih dikenali sebagai Bandar Ayam Kampung. Pembangunan di Bandar Maran ini lebih kurang sama dengan Bandar-bandar yang lain tetapi mungkin lebih kecil. Terdapat laluan, pinggiran, daerah atau sempadan wilayah, nod dan mercu tanda di Bandar Maran.
       Perjalanan dari Kampung New Zealand ke Maran akan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Laluan yang terdapat sepanjang perjalanan ke Maran ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Kampung Luit, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan lebuhraya Maran. Apabila sampai di laluan Bandar Maran pula terdapat banyak bangunan pentadbiran dan bangunan kedai. Antaranya ialah Pejabat Daerah Maran, Mahkamah syariah, Balai Polis Maran, Balai Bomba dan sebagainya.
       Pada pemerhatian saya mercu tanda yang terdapat di Maran adalah sebuah Masjid As-Syakirin yang terletak di atas bukit dan bersebelahan balai bomba. Ia adalah sesuatu yang agak unit apabila masjid yang besar terletak di atas bukit. Selain itu, Maran Hill Golf Resort  turut menjadi mercu tanda. Hal ini kerana, tidak banyak Bandar kecil yang mempunyai kelengkapan bermain golf.
     Hentian atau nod yang selalu menjadi tumpuan bagi penduduk sekitar adalah stesen bas yang memudahkan perjalanan penduduk ke Bandar besar. Selain itu, Pasaraya Tunas Manja, Big 10, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya turut menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk membeli barang-barang keperluan. Air Terjun Teladas turut menjadi perhatian penduduk serta pelancong dimana air tersebut mengalir bersebelahan jalan raya di hadapan bangunan. Air Terjun Teladas ini mempunyai pemandangan yang cantik dan sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga.
      Bagi sempadan yang memisahkan Kampung New Zealand dengan Bandar Maran adalah sebuah sawah padi yang kecil di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walaupun kecil tetapi saya menjadikan ia sebagai sempadan bagi memisahkan kawasan tersebut. Pinggiran pula boleh dimaksudkan sebagai tempat-tempat yang berada di sekeliling Bandar Maran. Tempat yang boleh saya jadikan sebagai pinggiran adalah Lebuhraya Maran kerana ia adalah laluan yang menjadi perjalanan ke Bandar lain.



MARAN BANDAR AYAM KAMPUNG
LALUAN PERJALANAN DI BANDAR MARAN

MARAN HILL GOLF RESORT


MASJID AS-SYAKIRIN

TUNAS MANJA MARAN

AIR TERJUN TELADAS

No comments:

Post a Comment