Monday, 31 December 2012
rumusan buku
THE IMAGE OF THE CITY
Hasil karya Kevin Lynch. Buku ini menceritakan bagaimana Lynch menceritakan bagaimana beliau menyampaikan gambaran persekitaran. Terdapat lima elemen penting yang cuba disampaikan oleh beliau.
1) Laluan : Laluan bersama-sama orang yang bergerak di seluruh bandar. Laluan terdapat dalam bentuk lurus, terusan, laluan pejalanan kaki dan transit. Laluan adalah penting untuk menhubungkan antara masyarakat dengan bandar. Laluan juga menghidupkan sesuatu bandar.
2) Pinggiran : Sempadan atau pecahan kesinambungan. Ia bermaksud pemisahan antara satu kawasan dengan kawasan lain. Pinggiran boleh dipisahkan melalui sungai, binaan dan sebagainya.
3) Daerah : Kawasan yang dicirikan oleh ciri-ciri biasa. Daerah adalah kawasan pemusatan yang agak basar di kawasan berhampiran. Setiap daerah mempunyai identitinya sendiri.
4) Nod : Tempat-tempat strategik tumpuan untuk orientasi seperti dataran dan simpang. Ia juga ialah destinasi tumpuan yang terdapat di sesuatu tempat.
5) Mercu tanda : Mata luaran orientasi. Mercu tanda merupakan simbolik ke atas sesuatu tempat agar ia dikenali oleh orang ramai yang datang ke tempat tersebut.
Mobiliti bukan sekadar (potensi) pergerakan bebas mengalir tetapi bergantung kepada keupayaan penstrukturan dan mengenal pasti alam sekitar melalui bantuan peta mental. Kerja Lynch 'telah berpengaruh kepada ramai. Teori postmodernity Fredric Jameson (1991) misalnya merujuk kepada Lynch apabila beliau berhujah bahawa peta kognitif adalah satu cara untuk menangani kerumitan masyarakat dengan merapatkan 'objektif dan abstrak representasi ruang, dan subjektif pengalaman kewujudan' ruang hidup '.
THE DEATH AND LIFE OF GREAT AMERICAN CITIES
Buku ini merupakan hasil karya Jane Jacobs pada tahun 1960. Buku ini mengisarkan tentang apa yang yang cuba disampaikan oleh Jane Jacobs ialah ruang di bandar. Pemikiran utama beliau ialah adanya keterturan, jalan, sebagai satu mesin kecekapan ruang. Ruang boleh dibahagikan kepada dua iaitu ruang peribadi dan ruang awam. Ruang peribadi ialah ruang tempat dan waktu bagi seseorang itu. Mereka bebas melakukan apa sahaja dalam ruang peribadi tersebut. Ruang ini tidak boleh dimasuki oleh orang awam. Manakala bagi ruang awam pula ialah ruang yang dikongsi oleh semua komuniti. Contohnya jalan di bandar, ia dimiliki oleh semua penduduk yang melaluinya di situ. Masyarakat akan mengambil tahu perkara yang berlaku di ruang tersebut.
Beliau melihat banyak kekurangan yang terdapat di sesuatu ruang bandar. Ruang bandar itu ialah ruang keceramuk dalam itu pula terdapat kehadapan. Kehadapan dalam ruang tidak dapat dilakukan secara teratur. Dahulu jalan dimiliki oleh komuniti. Ruang jalan adalah ruang komuniti dan dia melihat dan menjaga. Ruang yang dirancang itu bukan ruang kita. Kerana ruang tersebut terhad dimiliki oleh kita. Sekiranya ruang tersebut tidak dimiliki oleh orang ramai maka akan ia akan diambil alih oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, ia menjadi kawasan larangan bagi komuniti tersebut.
Wednesday, 26 December 2012
kajian lapangan di seremban
Laporan
kajian lapangan di Seremban,Negeri Sembilan. (Kumpulan 7: Tuan Fazliyanna binti
Tuan Kamaruddin, Nurul Farhana Ashikin binti Mohd Lazim, Noor Azlina binti
Raswan dan Nur Azza Aziera binti Md Yusof)
SEJARAH
BANDAR SEREMBAN
Bandar
Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar
tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati
kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan
penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga
bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong
bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu
menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka
manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Pihak
penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas
pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan
bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi
ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya
Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan
Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan
penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di
kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan
meyakinkan.
Berikutan
dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray
(Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan
Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana
semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika
itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat
namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis
permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum
Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Apabila
Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun
1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan
pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916)
memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telah pun
mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee
Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).
HASIL KAJIAN
Pada 11 Disember
2012, kami pelajar Sains Pembangunan telah melakukan kerja lapangan iaitu di
Seremban, Negeri Sembilan. Kami dibahagikan kepada lapan kumpulan yang terdiri
daripada 4-5 orang ahli. Setiap kumpulan dikendaki untuk menemubual pemilik
kedai tersebut. Kami menjalankan soal selidik di kawasan Jalan Dr.Krishnan.
![]() |
. |
Ini adalah hasil
kajian kami bersama responden tersebut.
1) NOR
AFFIZA & CO.
Perniagaan ini hasil perkongsian antara Nor
Affiza Baharuddin, Ridzamann Abdullah, S Ritharan C Nadarajan. Syarikat ini mula
ditubuhkan pada November 1994. Sekarang ini mereka masih beroperasi di Seremban
dan mereka juga mempunyai cawangan di tempat lain iaitu Kuala Lumpur dan
Melaka. Perniagaan ini telah beroperasi selama 18 tahun. Syarikat ini
menawarkan khidmat guaman iaitu peguambela dan peguamcara. Tujuan penubuhan
syarikat ini ialah untuk memudahkan penduduk sekitar Seremban mendapatkan
khidmat guaman dengan cepat dan mudah. Lokasi yang berdekatan dengan bank dan
berada di kawasan Bandar merupakan salah satu faktor mereka menubukan syarikat
ini di Seremban. Hasil kajian ini diperolehi dari responden Yool Lyuk Chin
iaitu kerani di syarikat tersebut.
![]() |
. |
2) PERNIAGAAN
TELUR SWEE HING
Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh
keluarga dan pemilik kedai ini ialah Ng Ah Swee. Kami menemubual anaknya iaitu
Ng Kia Loon yang bertindak sebagai responden kami kerana semasa kami datang
ayahnya tiada di kedai. Kedai ini menawarkan penjualan pelbagai jenis telur .
Kedai ini mula dibuka pada tahun 2000 dan sudah beroperasi selama 12 tahun.
Sebelum ini mereka menjalankan perniagaan ini dengan penghantaran menggunakan
lori. Mereka mempunyai pekerja seramai dua orang dan mula beroperasi dari jam 9
pagi hingga 6 petang. Tujuan mereka membuka kedai ini ialah untuk memudahkan
pembeli mendapatkan bekalan pelbagai jenis telur dengan mudah. Lokasi di
Seremban ini dipilih keranan ia menjadi kawasan tumpuan penduduk, mempunyai
banyak kedai makan sekitarnya serta kemudahan meletakkan kenderaan.
![]() |
. |
3) SIN
CHEW DAILY
Perniagaan ini dimiliki oleh Tan Sri
Tiong yang berasal dari Sarawak. Syarikat ini membekalkan suratkhabar hasil
dari wartawan mereka. Syarikat ini mula ditubuhkan pada tahun 1993 yang mana
sebelum ini mereka menyewa di Jalan Tuanku Munawwer sebelum berpindah dan
beroperasi di Seremban ini. Syarikat ini juga mempunyai cawangan yang lain di
Port Dickson dan Bahau(pejabat). Bilangan pekerja yang dimiliki oleh syarikat
ini ialah seramai 50 orang yang terdiri daripada kerani, wartawan, penulis dan
sebagainya. Tujuan syarikat ini ditubuhkan ialah untuk menyampaikan berita
kepada penduduk dan menginginkan publisiti. Lokasi ini dipilih kerana mempunyai
liputan yang luas di samping menjadi Bandar tumpuan penduduk Negeri Sembilan.
Responden yang ditemuramah ialah Lee Yee Fo seorang wartawan.
![]() |
. |
4) CHOP
SIN YOON LEE
Perniagaan ini dimiliki oleh Kong Yew
Seong. Perniagaan ini jenis milik perseorangan. Perniagaan ini telah beroperasi
selama 70 tahun di Seremban dan masih aktif beroperasi. Kedai ini menjual dan
membaiki alat timbangan dari yang lama sehinggalah yang baru dan canggih. Masa
perniagaan kedai ini bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan dibuka setiap
hari kecuali hari cuti. Bilangan pekerja di kedai ini seramai 4 orang. Tujuan
perniagaan ini dibuka ialah untuk memudahkan penduduk dan pekedai memperoleh
alat timbangan. Lokasi ini dipilih kerana strategik dan disebabkan mereka telah
lama beroperasi di kawasan tersebut. Responden yang telah ditemuramah merupakan
salah seorang pekerja di situ iaitu Ng Kim Show.
![]() |
. |
5) ANWIN
HOLIDAYS SDN.BHD
Kedai ini dimiliki oleh Mr Ricky Wong.
Sebelumnya perniagaan ini dimiliki secara perkongsian namun pada tahun lepas perniagaan
ini dimiliki oleh Mr Ricky Wong disebabkan masalah-masalah tertentu yang
berlaku. Syarikat ini telah berperasi selama 16 tahun di Seremban. Syarikat ini
menawarkan khidmat pelancongan ke serata dunia dan khidmat pemandu pelancong.
Pelbagai pakej penerbangan yang ditawarkan disamping harga yang berpatutan.
Bilangan pekerja yang dimiliki ialah seramai 3 orang. Tujuan syarikat ini
dibuka ialah untuk memberi kemudahan kepada penduduk untuk melancong ke luar
Negara terutama China kerana kebanyakkan penduduk di bandar Seremban ini ialah
orang cina. Lokasi ini dipilih berikutan ia menjadi tumpuan peduduk, maju serta
tidak banyak persaing. Responden ialah pemilik syarikat ini sendiri iaitu Mr
Ricky Wong.
![]() |
. |
6) LAMINATING
SERVICE
Kedai ini dimiliki oleh Joseph Law dan dia telah
menjadi responden bagi kami. Perniagaan ini jenis perseorang. Kedai ini
menawarkan khidmat membuat kunci. Kedai ini telah beroperasi selama 22 tahun
bermula dari tahun 1990 sehingga sekarang. Kedai ini tidak memiliki pekerja
kerana dia bersama isterinya yang bertindak dalam menjalankan perniagaan ini.
Waktu perniagaan mereka dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari
kecuali hari ahad. Tujuan pembukaan kedai ini ialah memudahkan pengguna untuk
membuat kunci, disamping menyediakan bayaran yang berpatutan. Lokasi ini
dipilih kerana ia merupakan tempat lahir dan asal Joseph Law dan tiada trafik
di hadapan kedai serta tidak sesak.![]() |
. |
7) PERNIAGAAN
WAN
Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh
John Wan dan dia telah menjadi responden bagi kami. Perniagaan ini diasaskan
dari keluarga mereka. Kedai ini menawarkan khidmat fotostat serta menjilid
buku. Perniagaan ini telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan telah beroperasi
selama 23 tahun di Seremban. Masa mula beroperasi ialah pada jam 8.30 pagi
hinggan 6 petang kecuali minggu cuti. Bilangan pekerja yang bekerja di kedai
ini seramai 2 orang. Tujuan dibina kedai ini ialah untuk memyediakan
perkhidmatan fotostat kepada penduduk serta untuk memudahan proses pembelajaran
anak-anak serta pekerja. Lokasi ini dipilih kerana sangat strategic disamping
tidak mempunyai persaing.
![]() |
. |
8) HARP
KEY SDN.BHD
Kedai ini dimiliki secara perkongsian
oleh 6 orang iaitu salah seorangnya Ng Woon Yuk. Perniagaan ini menjual
barangan ubat-ubatan serta akar kayu yang diimport dari Hong Kong dan China.
Barangan yang dijual di kedai ini murah serta berkualiti. Kedai ini mula dibuka
pada tahun 1960 dan sudah beroperasi selama 52 tahun sehingga sekarang. Masa
perniagaan ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali
hari ahad. Bilangan pekerja yang dimiliki ialah seramai 13 orang. Tujuan dibina
ialah untuk memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan herba dan ubat-ubatan
yang diimport dari Hong Kong dan China. Lokasi ini dipilih kerana mudah
dikunjungi, tidak sesak dan ia menjadi tumpuan ramai penduduk.
![]() |
. |
ANALISIS KUANTITATIF
Semasa di Seremban, Negeri Sembilan kami
telah mengenalpasti beberapa tempat yang boleh dijadikan sebagai nod, gerbang,
daerah atau sempadan wilayah, laluan dan mercu tanda. Elemen ini diperoleh
berdasarkan buku Image Of The City oleh Kevin Lynch.
1) NOD
Nod
atau hentian merupakan tempat dimana ia menjadi tumpuan kepada semua penduduk.
Nod ini menjadi sesuatu yang penting kepada penduduk. Ia merupakan petunjuk
kepada penduduk untuk pergi ke sesuatu tempat. Selain itu ia menjadi tumpuan
penduduk untuk melakukan pelbagai aktiviti. Di Seremban ia diperoleh melalui
papan tanda, Terminal 1 dan sebagainya.
![]() |
. |
2) LALUAN
Laluan
merupakan perjalanan yang dilalui untuk sampai ke sesuatu tempat. Semasa
perjalanan kami ke Seremban kami melalui laluan utama iaitu laluan yang menjadi
tumpuan penduduk untuk menaiki komuter. Seterusnya laluan semasa perjalanan
kami untuk ke tempat kajian. Laluan ini penting untuk menghidupkan sesebuah
Bandar. Kebanyakkan laluan mesti mempunyai nama yang memudahkan penduduk untuk
mencari sesuatu kawasan dan ia mempunyai sejarah yang tersendiri. Contoh jalan
yang dilalui oleh kami ialah Jalan Dr.Krishnan, Jalan Siow Loong Hin dan
sebagainya.
![]() |
. |
3) MERCU
TANDA
Mercu
tanda merupakan penanda bagi sesuatu tempat. Selalunya apabila seseorang sesat
mereka akan mencari mercu tanda bagi sesuatu kawasan itu untuk mencari jalan
yang betul. Mercu tanda juga mempunyai pelbagai sejarah dan peristiwa yang yang
sering diingati oleh setiap penduduk.
Contoh yang sering menjadi papan tanda ialah papan iklan, gunung,
bangunan bersejarah dan sebagainya. Semasa di Seremban pelbagai tempat yang
boleh kami jadikan sebagai mercu tanda antaranya Terminal 1, Dewan Pembandaran
Seremban dan sebagainya.
![]() |
. |
4) DAERAH
ATAU SEMPADAN WILAYAH
Daerah
atau sempadan wilayah ialah sempadan yang memisahkan laluan. Sempadan terjadi
apabila dipisahkan oleh gunung, sungai, landasan kereta api dan sebagainya.
Sempadan ini akan dibahagikan kepada kanan dan kiri sesuatu kawasan yang mana
ia mempunyai sejarah kawasan yang tersendiri.
![]() |
. |
5) GERBANG
Gerbang
merupakan sesuatu yang diletakkan di atas laluan jalan raya. Gerbang ini sering
diletakkan dengan pelbagai perkataan antaranya ‘selamat datang’, papan iklan
dan sebagainya. Pintu gerbang ini juga menunjukkan kemegahan sesuatu kawasan
tersebut dan sering dianggap sebagai penyambut bagi seseorang yang baru sampai
di kawasan tersebut.
![]() |
. |
SENI
BINA BANGUNAN
Selain
itu, semasa di Seremban kami banyak menjumpai bangunan yang bersejarah dan
memiliki bentuk rekaan yang unik. Bangunan ini mungkin mempunyai sejarah
tersendiri yang harus dikekalkan. Di samping itu kami juga ada menjumpai
bangunan moden yang dibina.
![]() |
. |
KESIMPULAN
Hasil daripada kaji selidik ini kami
mendapati banyak perniagaan yang berbentuk perkhidmatan yang ditawarkan di
jalan ini. Antaranya ialah syarikat guaman, klinik, agen pelancongan dan
sebagainya. Di samping itu, kebanyakkan perniagaan ini dimiliki oleh orang
cina. Kegiatan yang banyak dijalankan ialah kedai makan, pembuatan kunci,
jualan buah-buahan dan sebagainya. Waktu tengah hari merupakan waktu kemuncak
bagi peniaga-peniaga ini. Kebanyakkan mereka memilih Bandar Seremban disebabkan
ia menjadi tumpuan ramai penduduk di samping ia menjadi tempat kelahiran
mereka. Akhirnya kami ingin menyatakan Bandar Seremban ialah Bandar yang unik
dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia haruslah dikekalkan bagi menjaga
khazanah tersebut. Selain itu, pelbagai bentuk perniagaan perlu diwujudkan bagi
menjadikan Bandar Seremban sebagai Bandar yang maju.
ANALISIS PERISTIWA SEJARAH
ANALISIS
PERISTIWA SEJARAH
Melalui perbualan yang dirakamkan oleh saya dengan
Encik Mohd lazim bin Mahusin, tahun 1950 dan 1960 ialah tahun yang dinyatakan
oleh responden.
Peristiwa
Yang Berlaku Di Malaysia
Pada tahun 1960 darurat tanah melayu telah diistiharkan
tamat secara rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu pada 31 Julai 1960. Darurat tanah melayu yang berlaku pada tahun
1948 yang diistiharkan oleh kerajaan British di tanah Malaya berlarutan
sehingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan
hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah
lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya
Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik
yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan
British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga
penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada
Disember 1989. Selain itu, sejak tahun 1960, perkembangan sektor pembuatan di Malaysia
telah dilaksanakan ke arah kegiatan-kegiatan yang bercorak gantian-import. Bagaimanapun
strategi ini telah mula berubah dalam tahun 1970 di mana lebih banyak tumpuan
telah dibuat terhadap kegiatan-kegiatan yang berorientasikan eksport,
memandangan kegiatan berorientasikan gantian-import membantutkan perkembangan
perindustrian oleh kerana Malaysia dianggap mempunyai skop pasaran yang kecil.
Tambahan lagi pada tahun 1956 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA
telah ditubuhkan . Tujuan utama
rancangan FELDA dan rancangan-rancangan kemajuan tanah yang lain, sebagaimana
yang diumumkan oleh pelopornya Razak Hussein, ialah untuk mengatasi kemiskinan,
khususnya di kalangan masyarakat desa. Tanah rancangan FELDA yang pertama
dibuka pada tahun 1958, iaitu di Lembah Bilut, Bentong, Pahang. Seterusnya pada
tahun 1963 Felda Kampung New Zealand dimana petempatan responden telah dibuka.
Peristiwa
Yang Berlaku Di Dunia
Peristiwa yang berlaku di dunia pula pada masa itu
ialah pada 8 Jun tahun 1950, hubungan diplomatik Republik Rakyat China-Myanmar
terjalin secara rasmi. Kedua-dua negara saling menghantar Duta Besar ke pihak
yang lain. Pada tahun 1950-an, China dan Myanmar bersama-sama mempromosikan
"Lima Prinsip untuk Hidup Bersama secara Damai".Pada tahun 1960-an,
kedua-dua negara ini menyelesaikan masalah sempadan yang sudah berpanjangan
dalam sejarah, melalui perundingan berdasarkan semangat persahabatan, saling
memahami dan saling bertolak ansur. Ini menjadi contoh kepada penyelesaian
masalah sempadan antara pelbagai negara kemudiannya. Selain itu, peristiwa
dunia juga berlaku di Indonesia. Pada mulanya tahun 1960 muncul dua kuasa yang
sangat dominan dalam politik Indonesia, dari benteng tentera dan kubu kuat
komunisme. Dua kem dalam segmen yang berbeza tunggak kuasa, dalam satu tangan
tentera datang di bawah kelas selepas memenangi simpati rakyat kerana ia
berjaya untuk menghancurkan tindakan pemisah di nusantara, manakala komunisme
hadir kerana penembusan yang masuk ke semua institusi kerajaan dan bukan
kerajaan, mereka mengembangkan idea-idea beliau dan melancarkan propaganda
vokal propaganda politik itu mendapat tempat dalam pertandingan antara
parti-parti politik. Keadaan politik pada masa itu tidak boleh dinafikan
kelahiran persaingan tindakan bukan sahaja di pusat, tetapi konflik ini juga
diperluaskan kepada kawasan. Begitulah peristiwa dunia yang berlaku di
Indonesia pada masa itu iaitu politik.
ANALISIS KUALITATIF
ANALISIS
KUALITATIF
Berdasarkan rakaman yang saya perolehi dari
responden saya iaitu Mohd Lazim bin Mahusin, terdapat beberapa analisis
kuantitatif yang disebut oleh responden. Tujuan untuk menganalisis hasil
rakaman tersebut ialah untuk menunjukkan pengalaman responden tersebut dalam
peristiwa yang berlaku dan dialami oleh mereka pada zaman tersebut. Analisis
kuantitatif terbahagi kepada dua kategori iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod
aksial bertujuan untuk mengemukakan idea utama responden tersebut. Kod ini
sering diulang oleh responden contohnya rumah, kedai, keluarga, pekerjaan dan
sebagainya. Kod terbuka pula menerangkan khusus dari penceritaan dan peristiwa
yang disampaikan oleh reponden.
Melalui pembacaan yang saya lakukan, terdapat
beberepa elemen yang saya rasa penting yang diceritakan oleh reponden.
KOD
AKSIAL
Selepas pembacaan ini, saya dapati beberapa elemen
yang sering kali diucapkan oleh responden. Antaranya ialah
tempat,laluan,tahun,sekolah dan kemudahan asas. Elemen tempat merupakan elemen yang sering
kali diucapkan oleh reponden. Elemen ini menerangkan tempat kelahiran, tempat
tinggal, nama Bandar dan sebagainya. Kekerapan yang disebut sebanyak 12 kali. Elemen
tahun pula diceritakan mengenai tahun kelahiran dan tahun pembangunan yang
berlaku serta tahun dahulu. Elemen ini disebut sebanyak 4 kali. Seterusnya
elemen sekolah. Elemen sekolah juga banyak diulang oleh responden dengan
menyatakan keadaan sekolah serta proses pembelajaran yang disebut sebanyak 4
kali. Elemen pekerjaan pula diulang sebanyak 2 kali menunjukkan peneroka yang
melakukan pembukaan petempatan. Elemen rumah pula diterang melalui keadaan
fizikal rumah dahulu dan sekarang disebut sebanyak 3 kali. Seterusnya elemen
kemudahan asas, iaitu yang wujud pada
masa dahulu seperti surau, masjis, balai raya dan sebagainya. Sebanyak 13 kali
elemnen ini diulang sebut oleh responden. Elemen laluan juga disentuh dengan
menerangkan keadaan jalan raya pada masa dahulu sebanyak 2 kali.
CONTOHNYA
Elemen Tempat
2. Umur 56 tahun berasal dari pekan pahang. Sekarang
saya di sini menetap di Felda
5. Kampung Pahang Tua Pekan Pahang. Erkkk…pembangunannya amatlah daif sekali erkk
15. 10 tahun kita mula berpindah erk..ke Felda Kampung New Zealand ini. Dan sewaktu kita
41. memanglah Felda Sungai Kertam tetapi pada erk…awal 70an namanya telah ditukar
5. Kampung Pahang Tua Pekan Pahang. Erkkk…pembangunannya amatlah daif sekali erkk
15. 10 tahun kita mula berpindah erk..ke Felda Kampung New Zealand ini. Dan sewaktu kita
41. memanglah Felda Sungai Kertam tetapi pada erk…awal 70an namanya telah ditukar
Elemen Tahun
3. Kampung New Zealand. Saya dilahirkan setahun
sebelum negara kita merdeka iaitu pada tahun 1956.
17. mana Felda New Zealand ini dibuka pada tahun 1963. Erk...felda ini juga pada mulanya
36. televisyen itu. Kemudiaan, sehinggalah erkk…tahun 70an kita telah dibekalkan dengan
69. tahun 50an dan 60an. Jadi saya kira dengan dengan ini erk…amat bersyukurlah di atas
17. mana Felda New Zealand ini dibuka pada tahun 1963. Erk...felda ini juga pada mulanya
36. televisyen itu. Kemudiaan, sehinggalah erkk…tahun 70an kita telah dibekalkan dengan
69. tahun 50an dan 60an. Jadi saya kira dengan dengan ini erk…amat bersyukurlah di atas
Elemen Sekolah
6. pembangunan sekolah apa yang semasa saya
bersekolah dibuat daripada kayu yang mana
8.pembangunan yang lain tidak ada di kampung saya tu ada sekolah saja. Tapi nak ke sekolah
44.dengan hasil sumbangan daripada kerajaan New Zealand, iaitu seperti tadika untuk kanak-
52. diperbesarkan erkk…bangunan tadika mempunyai 2, ada 1 tadika kemas dan 1 lagi tadika
8.pembangunan yang lain tidak ada di kampung saya tu ada sekolah saja. Tapi nak ke sekolah
44.dengan hasil sumbangan daripada kerajaan New Zealand, iaitu seperti tadika untuk kanak-
52. diperbesarkan erkk…bangunan tadika mempunyai 2, ada 1 tadika kemas dan 1 lagi tadika
Elemen Pekerjaan
22. Kami di sini membangunkan sendiri. Maknanya kami
terpaksa menanam getah
31. erk…dan sebuah balai raya. Balai raya ini tempat berkumpullah. Erk..medan peneroka-
31. erk…dan sebuah balai raya. Balai raya ini tempat berkumpullah. Erk..medan peneroka-
Elemen Rumah
19. disediakan rumah. Rumahnya rumah kayu yang ada
satu bilik saja. Dimana setiap
20. peneroka diberi sebuah rumah yang tanah untuk tapak rumah sesuku ekar dan kemudiaan
26. erk…dengan rumah-rumah yang lain. Jadi satu batang paip itu berkongsi dalam 10 hingga
20. peneroka diberi sebuah rumah yang tanah untuk tapak rumah sesuku ekar dan kemudiaan
26. erk…dengan rumah-rumah yang lain. Jadi satu batang paip itu berkongsi dalam 10 hingga
Elemen Kemudahan Asas
13. sekolah ada satu kemudian masjid pun surau saja,
bukannya masjid. Tapi surau di situlah
33. lampu gaselin. Di balai raya itu ada disediakan sebuah peti televisyen. Dimana kami akan
46. generator elektrik itu tadi. Erkk..kemudiaan sebuah klinik, klinik erk..klinik
48. erk..pondok polis digunakan untuk..untuk…erk keselamatan penduduk kampung.
33. lampu gaselin. Di balai raya itu ada disediakan sebuah peti televisyen. Dimana kami akan
46. generator elektrik itu tadi. Erkk..kemudiaan sebuah klinik, klinik erk..klinik
48. erk..pondok polis digunakan untuk..untuk…erk keselamatan penduduk kampung.
Elemen Laluan
9. tu terpaksa berjalan kaki lah. Maknanya jalan
raya waktu itu baru jalan yang tak ada tar
27. erk..8 hingga 10 buah rumah lah mengambil air. Erk..jalan raya waktu itu pun tidak ada
27. erk..8 hingga 10 buah rumah lah mengambil air. Erk..jalan raya waktu itu pun tidak ada
KOD
TERBUKA
Kod terbuka menerangkan khusus dari penceritaan dan
peristiwa yang disampaikan oleh reponden. Ia juga meliputi ‘curfew’ iaitu ruang
yang ditakuti oleh responden. Melalui pembacaan saya responden cuba menyampaikan
mesej mengenai pembukaan Felda pada masa itu disamping bantuan yang dihulurkan
oleh kerajaan New Zealand. Selain itu, responden juga menerangkan kemudahan
yang diterima pada zaman sekarang
berbanding zaman dahulu. Bandar-bandar yang berdekatan dengan penempatan juga
diceritakan.
CONTOHNYA
16. berpindah
itu kita di bawah erk..rancangan Tanah Felda…haa..Tanah Felda. Erk… yang
17. mana Felda New Zealand ini dibuka pada tahun 1963. Erk...felda ini juga pada mulanya
18. memang petempatan. Dibuat oleh kerajaan yang mana pembangunannya adalah
17. mana Felda New Zealand ini dibuka pada tahun 1963. Erk...felda ini juga pada mulanya
18. memang petempatan. Dibuat oleh kerajaan yang mana pembangunannya adalah
39. disambungkan oleh kerajaan New Zealand.Erk…pembangunan di sini selepas pada itu,
40.kita banyak menerima sumbangan daripada kerajaan New Zealand. Pada asalnya namanya
41. memanglah Felda Sungai Kertam tetapi pada erk…awal 70an namanya telah ditukar
42. kepada Felda Kampung New Zealand. Sempena dengan lawatan Perdana Menteri New
43. Zealand ke felda ini. Selepas itu, erk…banyak pembangunan yang telah dibawa masuk
44.dengan hasil sumbangan daripada kerajaan New Zealand, iaitu seperti tadika untuk kanak-
61. Daerah Maran dimana semua erk…kemudahan bagi kedua-dua Bandar ini erk…telah pun
62. lengkap. Kalau dulu Pekan Sri Jaya merupakan pekan di mana penduduk kampung New
63. Zealand ini akan membeli belah mencari barang keperluan dengan menaiki basikal
64. ataupun motorsikal. Tapi sekarang kebanyakkan kemudahan asasnya berada di Bandar
65.Maran. Di mana Bandar Maran telah boleh dikatakan telah lengkap dengan adanya sebuah
66. hospital, sebuah mahkamah, pondok erk…balai polis daerah, pejabat-pejabat kerajaan
67. erk… Jadi kami rasa amat berbangga kerana dapat menikmati kemudahan-kemudahan
68. yang cukup sempurna kalau dibandingkan sewaktu kita berada di kampung asal pada
69. tahun 50an dan 60an. Jadi saya kira dengan dengan ini erk…amat bersyukurlah di atas
Thursday, 29 November 2012
THE IMAGE OF CITY
tugasan ini memerlukan kita menyenaraikan laluan yang ada di tempat kamu berdasarkan laluan, pinggiran, daerah atau sempadan wilayah, nod dan mercu tanda.
Kampung New Zealand sebuah nama kampung
yang unik terletak di Daerah Maran,Pahang. Daerah Maran ini lebih dikenali
sebagai Bandar Ayam Kampung. Pembangunan di Bandar Maran ini lebih kurang sama
dengan Bandar-bandar yang lain tetapi mungkin lebih kecil. Terdapat laluan,
pinggiran, daerah atau sempadan wilayah, nod dan mercu tanda di Bandar Maran.
Perjalanan dari Kampung New Zealand ke
Maran akan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Laluan yang terdapat sepanjang
perjalanan ke Maran ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Kampung Luit,
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan lebuhraya Maran. Apabila sampai di laluan
Bandar Maran pula terdapat banyak bangunan pentadbiran dan bangunan kedai.
Antaranya ialah Pejabat Daerah Maran, Mahkamah syariah, Balai Polis Maran,
Balai Bomba dan sebagainya.
Pada pemerhatian saya mercu tanda yang
terdapat di Maran adalah sebuah Masjid As-Syakirin yang terletak di atas bukit
dan bersebelahan balai bomba. Ia adalah sesuatu yang agak unit apabila masjid
yang besar terletak di atas bukit. Selain itu, Maran Hill Golf Resort turut menjadi mercu tanda. Hal ini kerana,
tidak banyak Bandar kecil yang mempunyai kelengkapan bermain golf.
Hentian atau nod yang selalu menjadi
tumpuan bagi penduduk sekitar adalah stesen bas yang memudahkan perjalanan
penduduk ke Bandar besar. Selain itu, Pasaraya Tunas Manja, Big 10, Kedai
Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya turut menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk
membeli barang-barang keperluan. Air Terjun Teladas turut menjadi perhatian
penduduk serta pelancong dimana air tersebut mengalir bersebelahan jalan raya
di hadapan bangunan. Air Terjun Teladas ini mempunyai pemandangan yang cantik
dan sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga.
Bagi sempadan yang memisahkan Kampung New
Zealand dengan Bandar Maran adalah sebuah sawah padi yang kecil di hadapan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walaupun kecil tetapi saya menjadikan ia
sebagai sempadan bagi memisahkan kawasan tersebut. Pinggiran pula boleh
dimaksudkan sebagai tempat-tempat yang berada di sekeliling Bandar Maran.
Tempat yang boleh saya jadikan sebagai pinggiran adalah Lebuhraya Maran kerana
ia adalah laluan yang menjadi perjalanan ke Bandar lain.
![]() |
MARAN BANDAR AYAM KAMPUNG |
![]() |
LALUAN PERJALANAN DI BANDAR MARAN |
![]() |
MARAN HILL GOLF RESORT |
![]() |
MASJID AS-SYAKIRIN |
![]() |
TUNAS MANJA MARAN |
![]() |
AIR TERJUN TELADAS |
RAKAM
Tugasan ini pula memerlukan kita merakam cerita mereka ketika mereka masih muda tentang pembangunan yang ada sewaktu itu.
NAMA :
NURUL FARHANA ASHIKIN BT MOHD LAZIM NO MATRIK : A141327
PROGRAM : RERUANG DAN PEMBANGUNAN
PROGRAM : RERUANG DAN PEMBANGUNAN
BIODATA
NAMA : MOHD LAZIM BIN MAHUSIN
UMUR : 56 TAHUN
PEKERJAAN : GURU BESAR
TINGGAL DI : FELDA KAMPUNG NEW ZEALAND
TEMPAT YANG DICERITAKAN : FELDA KAMPUNG NEW ZEALAND
LATAR BELAKANG : BELIAU MEMPUNYAI 5 ORANG ADIK-BERADIK DAN MERUPAKAN ANAK KE 4. PADA MULANYA BELIAU TINGGAL DI PAHANG TUA IAITU DI PEKAN,PAHANG. SELEPAS BEBERAPA TAHUN BELIAU BERPINDAH KE FELDA KAMPUNG NEW ZEALAND. BELIAU TELAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 6 ORANG ANAK.SEKARANG BELIAU BERTUGAS SEBAGAI GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH SENGGORA.
1. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya Encik Mohd Lazim Bin Mahusin.
2. Umur 56 tahun
berasal dari pekan pahang. Sekarang saya di sini menetap di Felda
3. Kampung New Zealand.
Saya dilahirkan setahun sebelum negara kita merdeka iaitu pada
4. tahun 1956.
Erkk….semasa duduk di kampung iaitu di kampung tempat kelahiran saya di
5. Kampung Pahang Tua
Pekan Pahang. Erkkk…pembangunannya amatlah daif sekali erkk
6. pembangunan sekolah
apa yang semasa saya bersekolah dibuat daripada kayu yang mana
7. tingkapnya dipakai
penyendal kata orang haa…..Kemudian beratap nipah. Kemudian
8.pembangunan yang lain
tidak ada di kampung saya tu ada sekolah saja. Tapi nak ke sekolah
9. tu terpaksa berjalan
kaki lah. Maknanya jalan raya waktu itu baru jalan yang tak ada tar
10. jalan batu kerikil
saja. Erk..kedai bangunan lain ialah kedai yang dibuat daripada kayu tu
11.lah. Tak ada lah
bangunan yang dibuat daripada simen macam sekarang ni. Bangunan batu
12. memang tak ada lah
waktu itu. Erk…apa ni..kemudahan awam tak ada waktu itu memang
13. sekolah ada satu
kemudian masjid pun surau saja, bukannya masjid. Tapi surai di situlah
14. tempat berkumpul
dan berjemaah dan juga menunaikan solat jumaat.Kemudiaan hampir
15. 10 tahun kita mula
berpindah erk..ke Felda Kampung New Zealand ini. Dan sewaktu kita
16. berpindah itu kita di bawah erk..rancangan Tanah
Felda…haa..Tanah Felda. Erk… yang
17. mana Felda New
Zealand ini dibuka pada tahun 1963. Erk...felda ini juga pada mulanya
18. memang petempatan.
Dibuat oleh kerajaan yang mana pembangunannya adalah
19. disediakan rumah.
Rumahnya rumah kayu yang ada satu bilik saja. Dimana setiap
20. peneroka diberi
sebuah rumah yang tanah untuk tapak rumah sesuku ekar dan kemudiaan
21. untuk ladang getah tujuh ekar dan kebun untuk penanaman
buah-buahan ada tiga ekar.
22. Kami di sini membangunkan
sendiri. Maknanya kami terpaksa menanam getah
23. sehinggalah
penjagaannya sehingga mengeluarkan hasil. Erk…pembangunan awal pun
24. begitu juga kita
tiada kemudahan asasnya erk..tidak ada masa itu. Masa kita dulu mula-
25. mula duduk
menggunakan paip air yang diletakkan di tepi jalan dimana akan berkongsi
26. erk…dengan
rumah-rumah yang lain. Jadi satu batang paip itu berkongsi dalam 10 hingga
27. erk..8 hingga 10
buah rumah lah mengambil air. Erk..jalan raya waktu itu pun tidak ada
28. jalan yang bertar,
jalan tanah merah. Kemudiaan kemudahan asas
29. yang ada, pembangunan
yang ada di sini waktu itu ialah sekolah erk…masjid masih
30. dibuat. Masjid
dibuat dengan secara bergotong-royong menggunakan kayu hutan
31. erk…dan sebuah
balai raya. Balai raya ini tempat berkumpullah. Erk..medan peneroka-
32. peneroka berkumpul
dan sewaktu itu api elektrik memang tak ada. Kita menggunakan
33. lampu gaselin. Di
balai raya itu ada disediakan sebuah peti televisyen. Dimana kami akan
34. berkumpul
beramai-ramai untuk melihat televisyen yang hitam putih. Masa itu tidak ada
35. erk…televisyen
berwarna. Erk…kami berkumpul beramai-ramailah untuk menonton
36. televisyen itu.
Kemudiaan, sehinggalah erkk…tahun 70an kita telah dibekalkan dengan
37.bekalan elektrik
erk..untuk erkk..6 jam sahaja iaitu bermula pada pukul 7 petang dan tamat
38. pada 12 malam.
Erk..ini pun bekalan elektrik ini menggunakan generator yang
39. disambungkan oleh kerajaan
New Zealand.Erk…pembangunan di sini selepas pada itu,
40.kita banyak menerima
sumbangan daripada kerajaan New Zealand. Pada asalnya namanya
41. memanglah Felda
Sungai Kertam tetapi pada erk…awal 70an namanya telah ditukar
42. kepada Felda
Kampung New Zealand. Sempena dengan lawatan Perdana Menteri New
43. Zealand ke felda
ini. Selepas itu, erk…banyak pembangunan yang telah dibawa masuk
44.dengan hasil
sumbangan daripada kerajaan New Zealand, iaitu seperti tadika untuk kanak-
45. kanak bersekolah
dibuat, disumbangkan oleh Kerajaan New
Zealand. Begitu juga dengan
46. generator elektrik
itu tadi. Erkk..kemudiaan sebuah klinik, klinik erk..klinik
47. desa…erkk..atau
klinik lah untuk kemudahan orang ramai. Disamping itu, ada sebuah
48. erk..pondok polis
digunakan untuk..untuk…erk keselamatan penduduk kampung.
49. Sehinggalah sekarang
di Felda Kampung New Zealand ini telah mempunyai kecukupan
50. yang amat selesa
sekali di mana pembangunannya boleh dikata hampir…hampir
51. semuanya kemudahan
asas telah ada. Sebuah masjid,erkk sekolah yang telah
52. diperbesarkan
erkk…bangunan tadika mempunyai 2, ada 1 tadika kemas dan 1 lagi tadika
53. perpaduan. Dan kita
ada sebuah dewan orang ramai, kita ada sebuah perpustakaan desa,
54. kita ada
erkk…pejabat hurm..JKKK dan juga kita ada sebuah erkk…gelanggang futsal.
55. Jadi saya kira
Felda New Zealand ini telah pun mempunyai 1 kelengkapan yang cukup
56. dari segi prasarananya.
Erk…jalan yang begitu cantik, bekalan api elektrik yang
57. dibekalkan 24jam
dan bekalan api elektrik ini juga telah menerangi kampong kita pada
58. setiap malam di
mana, setiap simpang atau jalan ada lampu elektrik. Erkk…Bandar yang
59. paling hampir dengan
kita ialah Bandar Sri Jaya yang terletaknya hampir kira 4km dari
60. Felda New Zealand
dan 16km Bandar Maran. Dan Bandar Maran merupakan Bandar bagi
61. Daerah Maran dimana
semua erk…kemudahan bagi kedua-dua Bandar ini erk…telah pun
62. lengkap. Kalau dulu
Pekan Sri Jaya merupakan pekan di mana penduduk kampong New
63. Zealand ini akan
membeli belah mencari barang keperluan dengan menaiki basikal
64. ataupun motorsikal.
Tapi sekarang kebanyakkan kemudahan asasnya berada di Bandar
65.Maran. Di mana
Bandar Maran telah boleh dikatakan telah lengkap dengan adanya sebuah
66. hospital, sebuah
mahkamah, pondok erk…balai polis daerah, pejabat-pejabat kerajaan
67. erk… Jadi kami rasa
amat berbangga kerana dapat menikmati kemudahan-kemudahan
68. yang cukup sempurna
kalau dibandingkan sewaktu kita berada di kampung asal pada
69. tahun 50an dan
60an. Jadi saya kira dengan dengan ini erk…amat bersyukurlah di atas
70. pembangunan yang
telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada kita. Sekian Terima
71. Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)