Pages

Thursday, 29 November 2012

THE IMAGE OF CITY


tugasan ini memerlukan kita menyenaraikan laluan yang ada di tempat kamu berdasarkan laluan, pinggiran, daerah atau sempadan wilayah, nod dan mercu tanda.     


       Kampung New Zealand sebuah nama kampung yang unik terletak di Daerah Maran,Pahang. Daerah Maran ini lebih dikenali sebagai Bandar Ayam Kampung. Pembangunan di Bandar Maran ini lebih kurang sama dengan Bandar-bandar yang lain tetapi mungkin lebih kecil. Terdapat laluan, pinggiran, daerah atau sempadan wilayah, nod dan mercu tanda di Bandar Maran.
       Perjalanan dari Kampung New Zealand ke Maran akan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Laluan yang terdapat sepanjang perjalanan ke Maran ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Kampung Luit, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan lebuhraya Maran. Apabila sampai di laluan Bandar Maran pula terdapat banyak bangunan pentadbiran dan bangunan kedai. Antaranya ialah Pejabat Daerah Maran, Mahkamah syariah, Balai Polis Maran, Balai Bomba dan sebagainya.
       Pada pemerhatian saya mercu tanda yang terdapat di Maran adalah sebuah Masjid As-Syakirin yang terletak di atas bukit dan bersebelahan balai bomba. Ia adalah sesuatu yang agak unit apabila masjid yang besar terletak di atas bukit. Selain itu, Maran Hill Golf Resort  turut menjadi mercu tanda. Hal ini kerana, tidak banyak Bandar kecil yang mempunyai kelengkapan bermain golf.
     Hentian atau nod yang selalu menjadi tumpuan bagi penduduk sekitar adalah stesen bas yang memudahkan perjalanan penduduk ke Bandar besar. Selain itu, Pasaraya Tunas Manja, Big 10, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan sebagainya turut menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk membeli barang-barang keperluan. Air Terjun Teladas turut menjadi perhatian penduduk serta pelancong dimana air tersebut mengalir bersebelahan jalan raya di hadapan bangunan. Air Terjun Teladas ini mempunyai pemandangan yang cantik dan sesuai untuk aktiviti berkelah bersama keluarga.
      Bagi sempadan yang memisahkan Kampung New Zealand dengan Bandar Maran adalah sebuah sawah padi yang kecil di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Walaupun kecil tetapi saya menjadikan ia sebagai sempadan bagi memisahkan kawasan tersebut. Pinggiran pula boleh dimaksudkan sebagai tempat-tempat yang berada di sekeliling Bandar Maran. Tempat yang boleh saya jadikan sebagai pinggiran adalah Lebuhraya Maran kerana ia adalah laluan yang menjadi perjalanan ke Bandar lain.



MARAN BANDAR AYAM KAMPUNG
LALUAN PERJALANAN DI BANDAR MARAN

MARAN HILL GOLF RESORT


MASJID AS-SYAKIRIN

TUNAS MANJA MARAN

AIR TERJUN TELADAS

RAKAM


Tugasan ini pula memerlukan kita merakam cerita mereka ketika mereka masih muda tentang pembangunan yang ada sewaktu itu.



NAMA : NURUL FARHANA ASHIKIN BT MOHD LAZIM                    NO MATRIK : A141327               
PROGRAM : RERUANG DAN PEMBANGUNAN



BIODATA

NAMA : MOHD LAZIM BIN MAHUSIN

UMUR : 56 TAHUN

PEKERJAAN : GURU BESAR

TINGGAL DI : FELDA KAMPUNG NEW ZEALAND

TEMPAT YANG DICERITAKAN : FELDA KAMPUNG NEW ZEALAND

LATAR BELAKANG : BELIAU MEMPUNYAI 5 ORANG ADIK-BERADIK DAN MERUPAKAN ANAK KE 4. PADA MULANYA BELIAU TINGGAL DI PAHANG TUA IAITU DI PEKAN,PAHANG. SELEPAS BEBERAPA TAHUN BELIAU BERPINDAH KE FELDA KAMPUNG NEW ZEALAND. BELIAU TELAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 6 ORANG ANAK.SEKARANG BELIAU BERTUGAS SEBAGAI GURU BESAR DI SEKOLAH RENDAH SENGGORA.









1. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya Encik Mohd Lazim Bin Mahusin.
2. Umur 56 tahun berasal dari pekan pahang. Sekarang saya di sini menetap di Felda
3. Kampung New Zealand. Saya dilahirkan setahun sebelum negara kita merdeka iaitu pada
4. tahun 1956. Erkk….semasa duduk di kampung iaitu di kampung tempat kelahiran saya di
5. Kampung Pahang Tua Pekan Pahang. Erkkk…pembangunannya amatlah daif sekali erkk
6. pembangunan sekolah apa yang semasa saya bersekolah dibuat daripada kayu yang mana
7. tingkapnya dipakai penyendal kata orang haa…..Kemudian beratap nipah. Kemudian
8.pembangunan yang lain tidak ada di kampung saya tu ada sekolah saja. Tapi nak ke sekolah
9. tu terpaksa berjalan kaki lah. Maknanya jalan raya waktu itu baru jalan yang tak ada tar
10. jalan batu kerikil saja. Erk..kedai bangunan lain ialah kedai yang dibuat daripada kayu tu
11.lah. Tak ada lah bangunan yang dibuat daripada simen macam sekarang ni. Bangunan batu
12. memang tak ada lah waktu itu. Erk…apa ni..kemudahan awam tak ada waktu itu memang
13. sekolah ada satu kemudian masjid pun surau saja, bukannya masjid. Tapi surai di situlah
14. tempat berkumpul dan berjemaah dan juga menunaikan solat jumaat.Kemudiaan hampir
15. 10 tahun kita mula berpindah erk..ke Felda Kampung New Zealand ini. Dan sewaktu kita
16. berpindah  itu kita di bawah erk..rancangan Tanah Felda…haa..Tanah Felda. Erk… yang
17. mana Felda New Zealand ini dibuka pada tahun 1963. Erk...felda ini juga pada mulanya
18. memang petempatan. Dibuat oleh kerajaan yang mana pembangunannya adalah
19. disediakan rumah. Rumahnya rumah kayu yang ada satu bilik saja. Dimana setiap
20. peneroka diberi sebuah rumah yang tanah untuk tapak rumah sesuku ekar dan kemudiaan
21. untuk ladang getah  tujuh ekar dan kebun untuk penanaman buah-buahan ada tiga ekar.
22. Kami di sini membangunkan sendiri. Maknanya kami terpaksa menanam getah
23. sehinggalah penjagaannya sehingga mengeluarkan hasil. Erk…pembangunan awal pun
24. begitu juga kita tiada kemudahan asasnya erk..tidak ada masa itu. Masa kita dulu mula-
25. mula duduk menggunakan paip air yang diletakkan di tepi jalan dimana akan berkongsi
26. erk…dengan rumah-rumah yang lain. Jadi satu batang paip itu berkongsi dalam 10 hingga
27. erk..8 hingga 10 buah rumah lah mengambil air. Erk..jalan raya waktu itu pun tidak ada
28. jalan yang bertar, jalan tanah merah. Kemudiaan kemudahan asas
29. yang ada, pembangunan yang ada di sini waktu itu ialah sekolah erk…masjid masih
30. dibuat. Masjid dibuat dengan secara bergotong-royong menggunakan kayu hutan
31. erk…dan sebuah balai raya. Balai raya ini tempat berkumpullah. Erk..medan peneroka-
32. peneroka berkumpul dan sewaktu itu api elektrik memang tak ada. Kita menggunakan
33. lampu gaselin. Di balai raya itu ada disediakan sebuah peti televisyen. Dimana kami akan
34. berkumpul beramai-ramai untuk melihat televisyen yang hitam putih. Masa itu tidak ada
35. erk…televisyen berwarna. Erk…kami berkumpul beramai-ramailah untuk menonton
36. televisyen itu. Kemudiaan, sehinggalah erkk…tahun 70an kita telah dibekalkan dengan
37.bekalan elektrik erk..untuk erkk..6 jam sahaja iaitu bermula pada pukul 7 petang dan tamat
38. pada 12 malam. Erk..ini pun bekalan elektrik ini menggunakan generator yang
39. disambungkan oleh kerajaan New Zealand.Erk…pembangunan di sini selepas pada itu,
40.kita banyak menerima sumbangan daripada kerajaan New Zealand. Pada asalnya namanya
41. memanglah Felda Sungai Kertam tetapi pada erk…awal 70an namanya telah ditukar
42. kepada Felda Kampung New Zealand. Sempena dengan lawatan Perdana Menteri New
43. Zealand ke felda ini. Selepas itu, erk…banyak pembangunan yang telah dibawa masuk
44.dengan hasil sumbangan daripada kerajaan New Zealand, iaitu seperti tadika untuk kanak-
45. kanak bersekolah dibuat, disumbangkan oleh Kerajaan  New Zealand. Begitu juga dengan
46. generator elektrik itu tadi. Erkk..kemudiaan sebuah klinik, klinik erk..klinik
47. desa…erkk..atau klinik lah untuk kemudahan orang ramai. Disamping itu, ada sebuah  
48. erk..pondok polis digunakan untuk..untuk…erk keselamatan penduduk kampung.
49. Sehinggalah sekarang di Felda Kampung New Zealand ini telah mempunyai kecukupan
50. yang amat selesa sekali di mana pembangunannya boleh dikata hampir…hampir
51. semuanya kemudahan asas telah ada. Sebuah masjid,erkk sekolah yang telah
52. diperbesarkan erkk…bangunan tadika mempunyai 2, ada 1 tadika kemas dan 1 lagi tadika
53. perpaduan. Dan kita ada sebuah dewan orang ramai, kita ada sebuah perpustakaan desa,
54. kita ada erkk…pejabat hurm..JKKK dan juga kita ada sebuah erkk…gelanggang futsal.
55. Jadi saya kira Felda New Zealand ini telah pun mempunyai 1 kelengkapan  yang cukup
56. dari segi prasarananya. Erk…jalan yang begitu cantik, bekalan api elektrik yang
57. dibekalkan 24jam dan bekalan api elektrik ini juga telah menerangi kampong kita pada
58. setiap malam di mana, setiap simpang atau jalan ada lampu elektrik. Erkk…Bandar yang
59. paling hampir dengan kita ialah Bandar Sri Jaya yang terletaknya hampir kira 4km dari
60. Felda New Zealand dan 16km Bandar Maran. Dan Bandar Maran merupakan Bandar bagi
61. Daerah Maran dimana semua erk…kemudahan bagi kedua-dua Bandar ini erk…telah pun
62. lengkap. Kalau dulu Pekan Sri Jaya merupakan pekan di mana penduduk kampong New
63. Zealand ini akan membeli belah mencari barang keperluan dengan menaiki basikal
64. ataupun motorsikal. Tapi sekarang kebanyakkan kemudahan asasnya berada di Bandar
65.Maran. Di mana Bandar Maran telah boleh dikatakan telah lengkap dengan adanya sebuah
66. hospital, sebuah mahkamah, pondok erk…balai polis daerah, pejabat-pejabat kerajaan
67. erk… Jadi kami rasa amat berbangga kerana dapat menikmati kemudahan-kemudahan
68. yang cukup sempurna kalau dibandingkan sewaktu kita berada di kampung asal pada
69. tahun 50an dan 60an. Jadi saya kira dengan dengan ini erk…amat bersyukurlah di atas
70. pembangunan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada kita. Sekian Terima
71. Kasih.

Wednesday, 28 November 2012

harga rumah

rasanya ini bukan tugasan pertama yang diberikan oleh Prof.Madya Abd.Hadi Harman Shah. Tugasan ini memerlukan kita mencari 10 jenis taman yang semakin hampir dengan Kuala Lumpur. Ini hasilnya. :)


HARGA RUMAH DARI BANGI KE KUALA LUMPUR

PURATA JUMLAH HARGA APARTMENT
TAMAN
PURATA (RM)
TAMAN HARMONI
89,800
TAMAN KAJANG BARU
122,700
TAMAN SAUJANA IMPIAN
127,400
TAMAN SERI KEMBANGAN
130,650
TAMAN SERDANG PERDANA
144,200
TAMAN SRI ENDAH
153,700
TAMAN SALAK SELATAN
158,750
TAMAN DESA PETALING
192,600
TAMAN BUKIT ANGKASA
255,200
TAMAN BANGSAR UTAMA
825,096